TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 

      1.            PENDAHULUAN

Menurut Lee Shok Mee (1955), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran meliputi aspek seperti iklim dan persekitaran bilik darjah, komunikasi dalam bilik darjah, pengurusan pembelajaran dan pengajaran dan pengurusan disiplin murid.

 

      2.            ISI PENTING

Terdapat jenis- jenis bilik pembelajaran, antaranya ialah makmal sains, bilik darjah, makmal komputer, pusat sumber, makmal bahasa, studio dan sebagainya. Cara pengurusan amat penting dalam sesuatu bilik pembelajaran. Sebagai contoh, bilik darjah yang disusun mejanya mengikut susunan Pembelajaran Abad ke 21 (PAKK). Bagi setiap bilik darjah pula mempunyai guru kelas, ketua kelas, bendahari, setiausaha dan ajk – ajk kebersihan dan keceriaan kelas. Di dalamnya pula terselit beberapa elemen unsure fizikal dimana keperluan yang dapat membantu sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran seperti papan kenyataan, sudut bacaan, carta organisasi, jadual tugas bagi kebersihan kelas.

Seterusnya konsep interaksi fizikal dalam bilik darjah dimana interaksi ialah proses saling bertindak melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang. Antara konsepnya ialah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, murid dengan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid serta interaksi computer.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-guru adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain

 

Seterusnya, ialah iklim bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan. Terdapat tiga kesan yang mempengaruhi suasana bilik darjah iaitu suasana sosial, suasana fizikal dan suasana emosi. Suasana sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.sehubungan ini bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

 

      3.            PENUTUP

Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah amat penting untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam menimba ilmu di dalam kelas yang kondusif,selesa,lengkap dengan peralatan,teknik yang betul dan kemahiran-kemahiran yang tepat digunakan semasa proses P&P. Hal ini juga akan membuatkan pelajar berasa gembira, dan suka untuk belajar sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah betul. Interaksi di dalam kelas juga meningkatkan pelajar dan guru untuk terus berkomunikasi.

 

      4.            RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia.Sdn

Ulasan