Menurut Haji
Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan
penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat
Pendidikan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993),
pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah
positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Pengurus alam
pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan persediaan alam
pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta mengenal pasti masalah
yang seringkali dihadapi oleh guru dalam pengurusan pembelajaran di bilik
darjah dan cara untuk mengatasinya.
FAKTOR
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
§ Rancangan
Orientasi Sekolah
§ Kajian
Pedagogi
§ Kurikulum
§ Persedian
Mengajar
§ Alat Bantu
Mengajar
§ Kajian Di
Sekolah
Suasana
belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas
akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang
disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi
sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat
murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan
mudah.
Selain itu,
guru-guru perlu memainkan peranan dalam pengurusan alam pembelajaran. Sebagai
contoh, emosi seorang guru perlulah dikawal agar tidak mengganggu suasana
belajar. Guru yang sedang marah semasa mengajar akan menyebabkan murid-murid
tidak berasa selesa untuk belajar dan dalam masa yang sama turut akan
menyebabkan perasaan murid turut terganggu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu
menggunakan ayat yang lembut dan sopan serta menegur murid dengan cara yang
berhemah.
Seorang guru
perlu membuat perancangan kurikulum, huraian sukatan buku teks dan rujukan
sebelum memasuki kelas. Perancangan yang telah dilakukan akan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk dijalankan. Selain itu,guru tersebut boleh
menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai agar mampu menarik minat murid dan
seterusnya merangsang pembelajaran murid.
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar.
Ulasan
Catat Ulasan