TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.  Sekolah juga merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ.  Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).

 

Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.  Persekitaran sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.  Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK).

 

Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.  Salah satu peranan PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibu bapa.  Tindakan PIBG membela nasib guru ialah bersemangat dan selesa ketika bertugas.  Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.  Contohnya, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.

 

Pendek kata, pengurusan sekolah dan persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar.  Hal ini kerana pengurusan sekolah yang baik akan melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.  Sebagai contoh, pengurusan sekolah seperti hubungan antara guru dan PIBG, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga suasana persekitaran sekolah yang selesa dan mesra boleh memberikan perubahan yang lebih baik kepada sekolah.  Pengurusan sekolah dan persekitaran yang baik sebenarnya dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan selesa.  Oleh itu, pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen perubahan sosiolisasi dan budaya ilmu pelajar.

 

Hubungan yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sememangnya memberi manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk kebaikan ramai.

 

Ulasan