TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 

Bab ini akan memahami konsep dan pendedahan mengenai mentoring, bimbingan dan penasihatan serta penjelasan tentang model-model dalam bimbingan dan penasihatan.  Sebagai contoh, bimbingan, penasihatan, mentoring serta proses bimbingan dan penasihatan.

 

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID (Bimbingan dan Kaunseling)

·          Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah

·          Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh

·          Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.

 

Konsep Bimbingan

Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

 

Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

 

Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

 

Konsep Kaunseling

Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

 

Elemen PENTING dalam Kaunseling

 

1. Kaunseling adalah profesion

2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.

3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.

4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.

5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.

6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.

 

Falsafah telah mencatatkan bahawa setiap murid mempunyai potensi yang digembelingkan secara optimum.  Hal ini akan menerusi  pengurusan  yang  menyeluruh,  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

 

RUJUKAN

Khadijah Rohani Mohd Yunus dan Nazariah Ab.Samad (2006). Siri Modul 1: Bimbingan & Penasihatan. Penerbit UPSI.

Fletcher. S. (2000). Mentoning in Schools : A Handbook of Good Practice, London : Kogan Page Ltd.

 

 

Ulasan