1.
PENDAHULUAN
Pengurusan bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.
ISI PENTING
Isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini, jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak, bahan teknologi maklumat. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan teknologi maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran tersebut dengan lebih mudah dan tidak bosan.
Selain itu, pembelajaran
berasaskan sumber ini sangat penting kerana, tanpa sumber ilmu pengetahuan pelajar
tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru
sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada guru sahaja tidak
mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar serta dapat membantu guru untuk
menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar.
Fungsi pusat sumber sebagai
tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar
akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para
guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses
pengajaran di bilik darjah serta ungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan
sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah
dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang
terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.
3.
PENUTUP
Penggunaan sumber yang
digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga,
guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi
berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar.
Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.
4.
RUJUKAN
Zaharah Mohd Saleh. (1999).
Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor
Sdn Bhd.
ARTIKEL: https://drive.google.com/file/d/16I_qjWIM0VO1Tb_paXMASjpkuEramYF/view
Ulasan
Catat Ulasan