TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

 

      1.            PENDAHULUAN

Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Selain itu juga, organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif..

 

Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut.

 

      2.            ISI PENTING

 

Isi penting yang perlu difokuskan dalam topik ini ialah kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada lima komponen. Pengetua yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran merancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEM mengurus pendaftaran dan penyaluran mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak.

 

Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan. Yang pertama adalah autokratik iaitu pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Pengetua memberikan arahan kepada guru dan guru-guru menurut arahan tanpa soal. Gaya kepimpinan yang kedua ialah demokratik. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya lebih baik. Pengetua akan akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. Sesuatu keputusan mengikut majority. Pandangan guru juga diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. Selain itu, gaya kepimpinan laissez-faire. Dalam kepimpinan jenis ini, ia memberi kebebasan dan kurang unsur-unsur kawalan. Pengetua berperanan sebagai pemerhati senyap dan pandangan guru diterima. Yang terakhir ialah kepimpinan kontingesi yang berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kepimpinan mengikut situasi.

 

      3.            PENUTUP

 

Organisasi dan kepimpinan adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin atau pun ketua, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolahyang telah dibahagikan mengikut bidang masing-masing.

 

   4.            RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.

Ulasan