TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

 

  

      1.            PENDAHULUAN

Pengurusan membawa maksud proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran pelajar merupakan sebuah elemen penting yang berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar serta berfungsi dalam penyampaian ilmu.

Pembelajaran diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang.

 

Kaedah pengurusan yang dipakai dalam bidang perguruan

Pendekatan dan Kaedah Pengurusan:

 

·         Berpusatkan Pelajar

 

·         Berpusatkan Bahan

 

·         Berpusatkan  Guru

 

·         Berpusat  Pelajar, Bahan dan Guru

 

 Pendekatan dan Kaedah Khusus

 

o   Pengurusan Bahan Pembelajaran

o   Pengurusan Tempat

o   Pengurusan Masa

o   Pengurusan Siapa Yang Mengajar

 

 Guru Yang Profesional mampu menguasai dan mengurus 7 jenis penngetahuan berikut :

 

Ø  Pelajar

Ø  Pedagogi

Ø  Kurikulum

Ø  Konten-pedagogi

Ø  Kandungan mata pelajaran

Ø  Konteks pendidikan di Malaysia

Ø  Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia

 

 Pandangan dari sudut tokoh-tokoh:

1. “Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.”     (Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)

 

2. “Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.”   (John Dewey: 1933)

 

3.“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart Mill)

 

4. “Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi.”   (Ducasse)

 

      2.            PRINSIP PENGAJARAN

 

Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan

 

Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian

 

Penyampaian: langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian

Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus

 Kepelbagaian teknik:

 

Ø  Memerlukan kreativiti guru.

Ø  Mengekalkan tumpuan pelajar

Ø  Unsur kepelbagaian

 

 Penglibatan pelajar:

 

v  Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif

v  Semua terlibat/ tiada yang tersisih

v  Interaksi lebih membina

v  Contoh: Menyoal, beri pandangan, pendapat dan berhujah  

 

Ambil kira perbezaan Individu: Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan uinsur kepelbagaian tersebut.

Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada reaksi, lesu dll keran ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran guru.Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan akal budinya.

 

Pengalaman sedia:

 

kaitkan p&p dengan pengalaman sedia pelajar contoh: ulang pelajaran lepas, soal jawab pengalaman lalu, ceritakan pengalaman. Merangsang fikiran murid melalui soalan, “cabar minda”, “ramalan”,”fikir bersama”

 

 PRINSIP PEMBELAJARAN 

Latihan: murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru

Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani

 

Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll 

 

Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p. supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna

 

Persediaan awal:

Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan,latar belakang murid

Mengkaji murid: analisis terhadap  minat, kecenderungan, bakat, keperluan

 

Unsur dorongan:

Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, soUnkongan, penghargaan guru.

 

 FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

 

-Kematangan fizikal: berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran

-Mengekalkan perhatian:

beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat

 -Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat

 -Sosial dan persekitaran:

ajar murid sedia menerima oranglain,prihatin terhadap sekitar,tidak egosentrik,sedia terima pendapat

-Pengalaman sedia:

murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka 

 

 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR YANG BERKESAN

 

Keperluan Fisiologi : Mengetahui keperluan fisiologi pelajar, tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi.

Pengurusan Masa :  Membolehkan pelajar menjalankanpembelajaran dengan masa yang sama, Jadual waktu perlu seimbang dan tiada pembaziran masa.

Iklim Bilik Darjah :  Pencahayaan yang cukup, perabot yang selesa dan mencukupi, dan aliran udara yang baik dan lancar.

 

Maksud eksplisit dan implisit

 

Eksplisit :

 

• Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untu

melakukan aktiviti yang memberi faedah kepadanya.

 

• Melibatkan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan,

memberi contoh , menunjukkan cara yang betul berdasarkan apa yang diajar

 

Implisit :

 • Diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman.

• Seseorang individu ikhlas melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan balasan dan

ganjaran.

 

• Rangsangan dalaman berlaku atas dorongan minat yang tinggi.

 

• Melibatkan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai

sesuatu yang dipelajari.

 

 STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR

 

a) Menghias ruang bilik darjah supaya menjadi lebih santai

b) Memaparkan visual serta audio yang menarik untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

c) Guru tidak terlalu serius sewaktu PdPC dan memberi ruang kepada pelajar untuk melontarkan pandangan.

d) Menganjurkan permainan ilmiah sebagai satu bentuk ulangkaji

 

      3.            PENUTUP

Setiap guru berfungsi sebagai pengurus dalam hal ehwal yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan PdPC berjalan dengan lancar di dalam kelas dan menetapkan peraturan untuk mengawal keadaan pelajar. Bilik darjah merupakan suatu ruang yang penting untuk menjayakan proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk menambah ilmu. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku pelajar dan bukan sekadar bertugas sebagai penyampai ilmu.

 

      4.            RUJUKAN

Mok Soon Sang.(2010).Tugas & Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran dan Perancangan Pengajaran & Pembelajaran. Puchong,Selangor: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Perak: Quantum Books.

Ulasan