TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

 1.      PENDAHULUAN

Interaksi bilik darjah bererti tindak balas yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak (Kamaruddin, 1994).  Menurut pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialah suatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

 

2.      ISI PENTING

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah interaksi satu hala. Melalui interaksi ini, guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang

berlaku di dalam bilik darjah. Murid hanya menerima apa yang diberi dan diajar oleh guru tanpa memberi idea dana pendapat masing-masing. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru sahaja. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Selain itu, murid juga tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Seterusnya yang kedua ialah interaksi dua hala iaitu antara guru dengan murid.

 

Interaksi ini menggunakan pendekatan yang berlainan daripada jenis interaksi sehala kerana ia menggunakan kaedah perbincangan atau kaedah induktif semasa sesi pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajarannya adalah bercorak aktif, oleh itu perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah. Interaksi ini menggalakkan murid-murid menyal dan memberi pendapat masing-masing semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Akhir sekali ialah interaksi antara kumpulan iaitu guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, pendekatan kumpulan, kaedah perbincagan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Guru hanyalah menjadi fasilitator di dalam bilik darjah yang hanya memberi arahan kepada setiap kumpulan. Melalui interaksi ini, komunikasi yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid adalah sangat berkesan apabila terdaat penyertaan aktif murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Interaksi Dalam Pembelajaran

 -Komunikasi berkesan

-Meyakinkan

-Berpandangan positif

-Praktikal dan munasabah

-Bekerja secara kreatif

-Progresif

 

Guru mestilah bijak dalam berkomunikasi sama ada dengan pelajar mahupun masyarakat supaya interaksi berlangsung dengan baik dan dapat menyampaikan input yang berguna.

 

3.      PENUTUP

Kesimpulannya, interaksi dalam pengurusan pembelajaran dapat disimpulkan sebagai satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam proses pembelajaran. Interaksi juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan apabila perhubungan muid dengan guru menjadi mesra melalui interaksi. Justeru ia merupaka pemangkin untuk meningkatkan prestasi pelajar, guru dan sekolah.

 

4.      RUJUKAN

https://www.slideshare.net/interaksi-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp

http://eprints.uthm.edu.my/4186/1/NORFAZILA_BINTI_ABDUL_MALIK.pdf


Ulasan