1.
PENDAHULUAN
Tingkah laku adalah apa yang
dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga adalah
semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
Menurut Abdullah Sani(2005),
disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi indvidu
daripada segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan yang
berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada
masyarakat.
2.
ISI PENTING
Isi penting yang terdapat
dalam topik ini ialah berkaitan teori fungsionalisme, faktor disiplin pelajar
di sekolah dan prosedur disiplin di sekolah. Teori fungsionalisme mengkaji
fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada
penerusan masyarakat. Ia juga menganggap devian sebagai fungsi pada struktur
sosial dan Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak
berperanan seperti yang dijangkakan berlaku disekolah. Fungsional juga adalah punca kepada kemunculan
teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya. Menurut Haralombos
dan Holrborn (2000),fungsi juga secara praktikalnya adalah digunakan sebagai
memelihara dan kelangsungan hidup manusia yang memberikan satu ketetapan untuk
manusia terus hidup di muka bumi.
Menurut Merton (1938),
terdapat empat jenis Devian iaitu inovasi, ritual, undur dan menentang. Devian
inovasi adalah salah satu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Devian
ritual adalah tindakan yang mengulang-ulang suatu perbuatan. Devian undur pula
ialah seseorang lagi yang tidak berminat dengan matlamatnya lalu melakukan
altenatif lain sebagai tindakan dan Devian menentang ialah menolak matlamat
persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
Seterusnya ialah prosedur disiplin di sekolah. Pelan
tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan
Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini
mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung
dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan disiplin
ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998:
Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu:
penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan
tatatertib; pelaksanaan proses tatatertib, dan mengenakan hukuman tatatertib.
Prosedur pertama ialah interaksi guru dan pelajar di bilik darjah. Interaksi
ini menggalakkan semua guru menggabung jalinkan masalah dan gejala disiplin
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting
kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Seterusnya,
memperkasakan penerapan moral dan agama. Pembentukan akhlak mulia penting
kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika
akhlak baik, perbuatan juga akan baik dan sebaliknya. Selain itu, bimbingan dan
kaunseling. Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya di kaunselor
harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani
masalah disiplin. Sebagai pembimbing professional, mereka mempunyai tugas
membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga
membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah.
3.
PENUTUP
Pengurusan tingkah laku dan displin amat penting.
Tingkah laku itu berkait rapat dengan hal displin pelajar. Jika tingkah laku
yang ditunjukkan pelajar baik maka tidak akan timbul hal displin oleh seorang
pelajar. Selain itu, persekitaran rumah dan sekolah yang tidak kondusif akan
menyebabkan tingkah laku bermasalah negatif akan berlaku. Penyelesaian masalah
dari pelbagai pihak sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani masalah
disiplin pelajar di sekolah.
4.
RUJUKAN
Konsep Dan Jenis-Jenis Tingkah
Laku Bermasalah. (30 Ogos 2012). Faktor yang menyebabkan tingkah laku. Dimuat
turun daripada
http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-laku.html
Mok Soon Sang (Januari
2011), Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku, Selangor:Penerbitan
Multimedia SDN.BHD
Ulasan
Catat Ulasan