PENDAHULUAN
Menurut Snell. B (2000),
pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu
matlamat sesebuah organisasi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Pendidikan Khas
ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah
khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau
Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat pendidikan pra sekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah, atau pendidikan lepas menengah. Akta
tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ertinya
murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli politik, ahli audiologi
atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yangmempunyai ketidakupayaan
penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan,
ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi
ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah seperti yang disebut.
KATEGORI MURID BERKEPERLUAN
KHAS DI MALAYSIA DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BAGI MENDAPATKAN KAD OKU
1. Kurang upaya pendengaran
2. Kurang uoaya penglihatan dan fizikal
3. Cerebral palsi
4. Masalah pembelajaran
5. Dan lain lain yang berkaitan
Menurut Akta Pendidikan
1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan,
Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak
bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
Seorang guru perlu menjadi
pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya dengan
ikhlas.Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang tersendiri
dalam menarik pelajarnya untuk belajar.
Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka
lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang
berwarna yang mempunyai gambar.
Secara rumusnya, para murid
yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada
kelajuan yang sesuai. Standard prestasi
yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk
mencapai potensi secara positif.
Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk
memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan
kokurikulum.
Ulasan
Catat Ulasan