1. PENDAHULUAN
Menurut Sharifah Alawiah
(1985), Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Sosiologi adalah
himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkah laku sosial mereka
secara lebih saintifik dan berdisiplin. Ottoway (1964) mendefinasikan sosiologi
sebagai satu bidang sains kemasyarakatan. Manakala Mohd Salleh (1998) pula
menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang yang mengkaji secara saintifik
tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa sosiologi ialah merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik
mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada
pelbagai sudut.
2.
ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah
saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan teori fungsionalisme,
teorikonflik, dan teori interaksi simbolik.
Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan
menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ini,
struktur-struktur sosialakan menentukan keharmonian masyarakat.Pengkaji-pengkaji
telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti
merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah
masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam
masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan
perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang
diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan.
Teori konflik ini menganggap
bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam
sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing.Mengikut
Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang
sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutandi mana
golongan atasan akan menguasai kuasa kekayaan, kebendaan, kehormatan dan
berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan
bahagian mereka.
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif
teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung
kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi
teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi
sosial yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang
pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-931).Manakala ahli yang
menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang
berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
3.
RUMUSAN
Masyarakat sangat berkait rapat
dengan sosiologi. Malahan sosiologi juga berkait dengan pendidikan.Sosiologi
terbahagi kepada tiga iaitu teori fungsionalisme, teori konflik, dan teori
interaksi simbolik.Setiap teori ini saling menghubungkait dan saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain.Kepentingan sosiologi dalam pendidikan ialah
menyiasat dan menemui fakta-fakta sosial dan undang-undang yang mana teori dan
amalan pendidikan terletak (sebahagian besar),menggabungkan pengetahuan dan
prinsip-prinsip sosiologi dalam pendidikan (asas yang menentukan matlamat
pendidikan) dan memberi tumpuan kepada hubungan antara proses persekolahan,
amalan dan hasilnya kepada organsisasi masyarakat secara keseluruhannya
4.
RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Boon Pong
Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012).
Ulasan
Catat Ulasan